250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
Bahan-bahan untuk diayak:
300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung
Bahan-bahan lain:
60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160°C selama 10 minit ~ cincang
40 gm oats
250 gm cip coklat
Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.
2. Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
4. Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan ke dalam adunan.
5. Gaulkan hingga sebati dan rata.
6. Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah digris.
7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.
8. Salutkan atau celupkan cookies ni dengan coklat masakan putih dan hitam yang dicairkan secara double boiler.
*Taken from Majalah SAJI
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone