Bahan untuk digoreng:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
5 batang cili kering
2 batang cili hijau
1/2 inci lengkuas diketuk
Kisarkan bahan yang telah digoreng
Bahan-bahan lain:
1 kg daging / seekor ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar kerisik
1 biji santan pekat
2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar rempah gulai kawah
Daun kesum
Cara-cara:
1. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama rempah gulai kawah.
2. Letak sedikit air.
3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk kunyit.
4. Selepas 5 minit, masukkan daging / ayam.
5. Masukkan santan pekat.
6. Masukkan garam, gula melaka, dan asam keping.
7. Letakkan sedikit budu.
8. Selepas daging / ayam empuk, masukkan kerisik dan daun kesum.
9. Kacau hingga sebati.
10. Sedia untuk dihidangkan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone